Assalamualaikum....
Setelah lama aku menyepi dari mencoret sesuatu di dalam laman canggih ciptaan manusia....
Sesungguhnya, hati ini ingin mencoret sesuatu atas apa yang terjadi pada diri aku....tetapi aku lebih suka untuk berdiam diri, memendam rasa. Tetapi takdir ALLAH SWT menentukan segalanya...
Hari ini, setelah sekian lama aku menyepi...akhirnya hati ini tergerak untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini, moga-moga berkurangan bebanan perasaan yang di tanggung selama ini..
Sebaik melangkah masuk ke dalam blog ini, teringat aku akan insan yang pernah menjadi permaisuri di hati, penyeri hari-hari ku. Dikala aku kesepian, dia datang menghilangkan kesepian, dikala aku memerlukan kasih dan sayang, dia datang memberinya dengan hati yang penuh ikhlas tanpa meminta sebarang balasan atau upah. Pada ketika itu, aku merasa amat bahagia sekali. Apabila aku keluar berjalan-jalan dengan si dia, aku merasa bangga sekali dan ingin aku hebahkan 1 Malaysia yang aku sayang sangat pada dia. Tanggal 20.01.2010 merupakan tarikh keramat kami pada ketika itu disamping 20.07.1988 (hari lahir si dia)
Ibarat pepatah melayu berkata, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Begitulah yang berlaku selepas itu. Mungkin telah tertulis bahawasanya aku akan berpisah dengan si dia.
01.05.2012, aku telah ditukarkan ke Bahau, Negeri Sembilan. Aku menyatakan berita gembira tersebut kepada si dia, agakan aku dia gembira, tapi aku tahu, jauh di sudut hati dia bersedih kerna akan berjauhan dengan aku. Segalanya bermula, setelah aku mula bertugas di tempat yang baru. Mesej aku tidak di balas, telefon aku tidak dijawab. Bermula dari dari pagi sehingga ke malam, begitulah seterusnya sehinggakan aku rasa ingin ke Kelang, mencari si dia, kerna pada benak fikiran aku, kemungkinan dia ditimpa kecelakaan, musibah, atau kemungkinan uzur. Dia keseorangan di sana, tiada kawan yang tinggal berdekatan, keluarga pula berada jauh di Pahang. Setelah lama aku mencuba, akhirnya panggilan aku di jawab. "Budak-budak ni main game dalam telefon. Sampai bateri kong, telefon cas dalam bilik, xsedar bunyi telefon, Abang" Perasaan aku pada ketika itu bercampur baur, lega pun ada, gembira pun ada, nak marah dia pun ada.
Setelah berbual agak lama, dia hendak bersiap kerna nak keluar ke kedai makan. Lapar katanya. Jangkaan aku, apabila dia balik dari kedai, aku dapat la berborak dengan dia lagi. Sangkaan aku meleset. Penyakit tadi berulang lagi. Kali ini lebih teruk dia terus diam, tanpa bicara. Mesej langsung tidak dibalas. Seolah-olah aku telah melakukan kesilapan yang besar kepada dia..Tuhan je la yang tahu perasaan aku ketika itu. Perkara itu berlarutan sehinggalah pada 01.06.2012, aku menghantar mesej kepadanya, menyatakan aku ingin putuskan segala hubungan dengan si dia. (MUNGKIN ITU YANG TERHAJAT DI HATINYA)
Bermula pada tarikh itu, aku seolah-olah telah hilang rasa hormat pada kaum wanita. Apabila terserempak dengan kaum hawa, perasaan benci membuak-buak dari dalam diri ini. Sehinggakan, aku terasa seperti melihat mereka seperti patung di pasaraya, yang memperagakan baju untuk dijual. Astagfirullahhalazim, Ya ALLAH, ampunkan la dosa ke, kerna memandang kaum hawa, begitu hina sekali. Aku memandang mereka tak ubah seperti bayang-bayang di waktu siang.
Kepada si dia, seandainya membaca coretan ini...seandainya qada' dan qadar aku dapat melihat, takdir tentang hidup aku dapat aku ketahui dan perkara yang akan terjadi aku ketahui dahulu, sesungguhnya aku tidak akan sama sekali, mencuba untuk mendekati dirimu, menyayangi dirimu, mengasihi dirimu sepenuh hatiku. Pengorbanan yang aku lakukan pada dirimu, sungguh sia-sia. Aku meletakkan dirimu setinggi-tinggi tempat dalam hati ini, tetapi balasan ini yang aku dapat. Keperitannya, sungguh tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata..jika dirimu ibarat punching bag, mungkin dapatla ketahui bagaimana perasaan aku ketika kau meminta aku meninggalkanmu tanpa sebab dan alasan.
Aku maafkan segala kesalahan yang telah kau lakukan pada aku dari dunia sampai akhirat...........
Maafkan kesalahan aku, selama menjadi "KAWAN" kepada dirimu, halalkan makan minum aku........
Beginikah indahnya cinta pada gambaran mata para pecinta sekalian????
ALLAH SWT tidak menyuruh umatnya berputus asa, dan aku tidak akan sesekali berputus asa, untuk mencari pasangan hidup, tetapi aku lebih pentingkan cinta abadi, iaitu CINTA KEPADAMU YA ALLAH....sesungguhnya DIAla penentu arah tujuan hidup aku...semuanya telah ditetapkan olehNYA.
AMIN>>>
.jpg)
No comments:
Post a Comment